Satu Perjalanan Panjang

Perjalanan kita masih panjang lagi. Kita bermula daripada Alam Roh dan Alam Kandungan. Sekarang kita berada di Alam Dunia. Seterusnya kita akan menziarahi Alam Barzakh sebelum menunggu tibanya Hari Kiamat. Terjadinya Kiamat yang dahsyat sehingga tiada apa pun tinggal sebelum kita dibangkitkan kembali pada Hari Kebangkitan. Keluar daripada kubur menuju ke Padang Mahsyar. Berada di sana dalam keadaan yang sangat dahsyat dalam tempoh masa yang sangat panjang sebelum tibanya Syafa’at. Selepas itu barulah bermulanya proses Hisab dan Penyerahan Catatan Amalan. Bagaimanakah amalan kita apabila ditimbang di Mizan nanti? Adakah kita dapat minum Air Telaga Al-Kauthar daripada tangan Nabi? Dan yang paling penting, tatkala kita tiba di Titian Sirat bagaimanakah keadaan kita ketika melaluinya nanti. Adakah kita berjaya sampai ke Syurga atau akan terjatuh ke dalam Neraka?

Bersedia Untuk Bertemu Pencipta

Kita mengetahui tentang Kembara Mahsyar ini bukan untuk kita bertambah takut, tetapi untuk menjadikan kita bertambah taqwa. Seterusnya bersedia untuk kehidupan kita selepas mati nanti

Bila Mati Barulah Terjaga

Manusia itu tidur, apabila kita mati nanti barulah kita akan terjaga.

Manusia Itu Tidur, Apabila Dia Mati Baru lah Dia Akan Terjaga

Sayyidina Ali

Begitulah jiwa orang Mukmin yang rindukan akhirat, hatinya terpenjara di dunia walaupun dikelilingi pelbagai kesenangan dan nikmat. Kerinduannya kepada akhirat menjadikannya ibarat musafir yang tidak sabar hendak kembali ke kampung asalnya yang abadi. Kena sentiasa ingat yang satu hari kita akan mati dan dihisab seorang diri di hadapan Allah.

Berkata Sayyidina Luqman Radhiallahu’anhu kepada anak beliau: “Wahai anak kesayanganku, jangan sesekali engkau melewatkan taubat. Sesungguhnya mati itu datang dengan tiba-tiba”

Buku Kembara Mahsyar ini telah memenangi Anugerah Buku Negara 2019
(Buku Umum Terbaik Kategori Agama)

“Manusia itu tidur, apabila dia mati barulah dia akan terjaga.’

Sayyidina Ali

Antara sebab kenapa Allah Subhanahu Wa Ta’ala merahsiakan saat kematian dan Hari Kiamat kepada kita ialah supaya kita sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan sekali pun, tidak kira masa dan di mana. Bersedia dalam keadaan apa sahaja. Bersedia dalam keadaan kita belajar, bekerja, beribadah mahupun duduk sahaja. 

Kita mengetahui tentang KEMBARA MAHSYAR ini bukan untuk kita bertambah TAKUT, tetapi untuk menjadikan kita bertambah TAQWA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *