Sebuah Pengembaraan Menuju Tuhan

Kembara Mahsyar adalah sebuah naskah yang akan membawa para pembaca mengembara dari satu alam ke alam yang lain. Segalanya bermula dari Alam Roh dimana semua makhluk – khususnya manusia – diciptakan oleh Allah.

Kemudian, melalui lidah Rasulullah, kita juga diberitakan tentang kehidupan di Padang Mahsyar yang menjadi penentu sama ada kita menjadi sebahagian daripada penduduk Syurga ataupun penghuni Neraka.

Dalam buku ini, para pembaca akan dibawa menelusuri proksi masa untuk melihat pelbagai keajaiban dan perkara-perkara rahsia. Saat itu, barulah kita sedar bahawa kehidupan ini adalah sebuah perjalanan panjang sebelum tiba ke destinasi terakhir.

Bangkit Daripada Lena

Manusia Itu Tidur, Apabila Dia Mati Barulah Dia Akan Terjaga

Sayyidina Ali

Inilah peta perjalanan kehidupan manusia. Bermula dari Alam Roh sehinggalah ke Titian Sirat yang akan menjadi penentuan. Sama ada Syurga atau Neraka, semuanya pilihan kita.

Semua daripada kita bermula dari Alam Roh, dan akan melalui 13 perhentian – termasuklah Padang Mahsyar dan Titian Sirat yang menjadi penentuan sama ada mendiami Syurga atau terjatuh ke dalam Neraka.

Justeru, buku Kembara Mahsyar ini menjadi bacaan wajib sebelum mati, kerana ia mendedahkan secara ringkas tentang alam-alam yang telah, sedang dan akan dilalui nanti.

Buku ini mempunyai dua jilid. Jilid pertama menceritakan tentang permulaan hidup manusia di Alam Roh hingga ke Hari Kiamat. Manakala jilid kedua pula berkisarkan peristiwa kebangkitan semula hingga ke Syurga.

Kenapa kena tahu tentang kehidupan di Alam Mahsyar? Ia bukanlah untuk menakut-nakutkan kita, tetapi menambah rasa taqwa kepada Allah. Inilah sebab kenapa Allah merahsiakan saat kematian dan Hari Kiamat, supaya kita sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan.

Dapatkan buku Kembara Mahsyar di mahsyar.com atau WhatsApp ke 0199156400 (https://www.wasap.my/0199846400)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *