Kematian: Sebuah Perjalanan Panjang

Saat ini, kita sedang berada di Alam Dunia. Kita sudah pun melepasi Alam Roh dan Alam Kandungan. Apabila kita perhatikan, perjalanan hidup selepas ini adalah ziarah ke Alam Barzakh sebelum tibanya Hari Kiamat.

Hari Kiamat adalah hari kehancuran semua benda yang wujud di ala mini – kecuali Allah – sebelum dibangkitkan semula pada Hari Kebangkitan. Setiap daripada kita akan keluar daripada kubur masing-masing menuju ke Padang Mahsyar.

Betapa panjangnya masa saat kita berhimpun disana sebelum diizinkan menerima ataupun memberi Syafa’at. Selepas itu, barulah proses Hisab dan Penyerahan Catatan Amal dimulakan.

Bagaimanakah amalan kita apabila ditimbang di Mizan nanti? Dapatkah kita minum air di Telaga Al-Kauthar menggunakan tangan Rasulullah sendiri? Paling penting, bagaimanakah keadaan kita ketika ingin melintasi Titian Sirat kelak? Berjayakah kita sampai ke Syurga, atau mungkinkah terjatuh ke dalam Neraka?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check out similar topics

Related Posts