PEMENANG ANUGERAH BUKU NEGARA
"BUKU YANG DIINOVASIKAN AGAR PEMBACA BOLEH MEMBAYANGKAN KEADAAN YANG BERLAKU SELEPAS MATI…"
"BUKU YANG DIINOVASIKAN AGAR PEMBACA BOLEH MEMBAYANGKAN KEADAAN YANG BERLAKU SELEPAS MATI…"
Perjalanan Kehidupan Manusia
Faris Zulkharnane
Sejujurnya, 2 tahun masa yang saya ambil untuk menyiapkan buku saya yang ke-6 ini. Tidak seperti 5 buku yang lain, buku Kembara Mahsyar ini saya rasakan agak ‘berat’ untuk saya selesaikan. Tapi Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, akhirnya terhasil juga buku ini.
Sebelum menulis, saya akan pastikan bahawa diri saya berada dalam keadaan tenang serta suci jasmani dan rohani. Saya tidak akan menulis jika keadaan rohani saya ‘tidak sihat’. Setiap ayat mahupun titik yang tertulis, tidak ditulis melainkan saya berada dalam keadaan wudhuk.
Saya pernah meminta isteri saya untuk menyemak kembali buku saya ini, kemudian ada beberapa ayat yang beliau perbaiki dan tambah. Lantas saya bertanya kepada beliau, “Ada air sembahyang tak?” Beliau menjawab, “Tidak.”
Lalu saya meminta beliau untuk memadam kembali kesemua ayat yang telah ditulisnya tadi. Hatta setiap saiz font, spacing, margin dan beberapa perkara teknikal yang lain lagi saya gunakan kesemuanya dengan bilangan ganjil.
Ketika mana ada datang rasa tidak ikhlas dalam menulis, maka saya akan segera memberhentikan penulisan itu. Kenapa sampai begitu sekali? Saya mahukan keberkatan. Bagi saya buku Kembara Mahsyar ini buku yang amat berharga buat diri saya khususnya.
Ianya adalah peringatan utama kepada saya agar bersedia menghadapi kematian itu. Ketika membaca dan menelaah puluhan kitab serta buku rujukan kemudian menyusun dan menulis kembali tulisan untuk dijadikan buku, saya tidak terlepas untuk berdoa agar saya dan semua dipermudahkan segala urusan yang bakal kita hadapi nanti.
Untuk sampai kepada hati manusia, maka saya perlu memberinya dengan hati juga. Bukan dengan lidah dan tangan semata-mata. Saya berharap, agar buku kecil saya ini akan memberikan manfaat kepada saya dan semua.
Di Mana Penulis Mendapatkan Rujukan
Di Mana Penulis Mendapatkan Rujukan
Apa Kata Mereka
Box Of Mahsyar
Eksklusif
Apa Yang Ada Dalam
Buku Kembara Mahsyar
Lebih 25,154 Set
Telah Terjual
Anugerah
Buku Negara
Parcel Khas
Box Of Mahsyar