Persediaan Bertemu Tuhan

Kita mengetahui tentang Kembara Mahsyar ini bukanlah untuk ditakut-takuti, tetapi untuk menambah rasa taqwa kepada Allah. Ia sekaligus membuat kita bersedia untuk menghadapi kehidupan selepas mati nanti.

Begitulah jiwa orang Mukmin yang rindukan Akhirat. Hatinya terpenjara di dunia walaupun dikelilingi pelbagai kesenangan dan nikmat. Kerinduan kepada Akhirat menjadikannya ibarat musafir yang tidak sabar untuk Kembali ke kampung halaman nan abadi.

Ingatlah selalu, bahawa satu hari nanti kita akan mati dan dihisab seorang diri dihadapan Allah.

“Wahai anak kesayanganku, jangan sekali-kali engkau melewatkan taubat kerana mati itu datang dengan tiba-tiba.”

Luqman Al-Hakim

Allah merahsiakan saat kematian dan Hari Kiamat kepada kita, supaya kita sentiasa bersedia untuk menghadapinya tanpa mengira masa dan ketika. Semoga kita dipermudahkan urusan selepas kematian kelak, insyaallah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check out similar topics

Related Posts