“Setiap yang hidup, pasti akan merasai mati.”
Ya, kematian itu pasti. Bersedia ataupun tidak, kita tetap akan pergi meninggalkan dunia ini. Semua orang akan berpindah ke destinasi seterusnya yang kekal abadi.
Inilah mesej yang dibawa dalam buku Kembara Mahsyar. Para pembaca akan dibawa mengembara dari satu alam ke satu alam yang lain. Segalanya bermula dari sejarah penciptaan manusia di Alam Roh sehingga ke Alam Mahsyar yang bakal menjadi penentuan.
Bayangkan, sekiranya Malaikat Maut menjemput kita pada saat dan ketika ini, bagaimanakah keadaan kita di Alam Barzakh dan Padang Mahsyar nanti? Adakah amalan yang kita ada saat ini, boleh menuntun kita menikmati keindahan Syurga? Apa pula persiapan kita untuk menghindar daripada kepanasan api Neraka yang membuak-buak?