Ramai kawan-kawan sebaya dengan kita dah achieve macam-macam dalam hidup mereka sekarang. Dah bina kerjaya, ada rumah dan kereta sendiri. Malah ada yang dah melayari bahtera perkahwinan dan miliki cahaya mata.
Tapi kita? Masih tak tahu apa yang kita minati, duit pun tak banyak sebab tak ada kerja tetap, tinggal pun dengan parents lagi. Bila tengok orang yang ekstrovert, berani bercakap di khalayak ramai, kita rasa diri kita tak cukup bagus sebab tak boleh jadi sehebat itu.
Pernah tak kita rasa macam ni? Kadang-kadang kita rasa hidup orang lain lagi best dan kita nak sangat jadi macam mereka.
Kawan-kawan, kalau kita asyik bandingkan jalan hidup kita dengan orang lain, kita akan selalu rasa tak cukup. Betul tak?
Allah berfirman dalam surah Ibrahim ayat 7,
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka pasti azabKu sangat berat.””
Nampak tak dalam ayat ni, Allah minta kita untuk jadi orang yang bersyukur. Bila kita selalu bersyukur, nanti Allah akan tambahkan lagi nikmatNya kepada kita.
Macam mana nak rasa bersyukur dengan apa yang kita ada ni?
- Kenali diri sendiri.
- Terima kekurangan diri kita.
- Mula ubah mindset untuk raih perhatian Allah, bukan perhatian manusia.
Setiap kekurangan yang kita ada, kita boleh baiki dan menambahbaik dari semasa ke semasa. Bak kata Mrs Kim dalam drama ‘Twenty-Five Twenty-One’:
“Your skills don’t improve consistently but in steps.”
Nak jadi lebih baik atau nak jadi seseorang yang kita impikan bukanlah sekelip mata. Ia memerlukan niat yang baik, masa yang lama dan usaha yang bersungguh-sungguh. Jadi, jangan berputus asa, okay!
Apa pun, KUN ANTA! Jadilah dirimu sendiri.
“Jadilah dirimu yang penuh kelemahan & kekurangan, namun kuat dan hebat dengan kebergantungan pada Allah Maha Kuasa.”
(Petikan daripada buku Kun Anta)