Infaq Mahsyar
Infaq Mahsyar merupakan sebuah usaha yang dilakukan oleh Mahsyar Group Berhad sebagai langkag bagi mendokong visi syarikat, iaitu menyebarluaskan ilmu pengetahuan kepada masyarakat seluruh Malaysia. Infaq Mahsyar adalah medium pengagihan buku-buku terbitan Nur El-Hikmah kepada institusi-institusi terpilih berdasarkan sumbangan orang ramai.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Syaitan itu menjanjikan (menakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan keji (bakhil, kedekut) sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripada-Nya serta kelebihan kurnia-Nya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmat-Nya lagi sentiasa meliputi pengetahuan-Nya.”
(Surah al-Baqarah, ayat 268)
Reviews
There are no reviews yet.