Infaq

Rezeki yang kita miliki bukan semua milik kita. Jom berkongsi rezeki dengan menginfaq Ramadhan Journal ini dengan niat ikhlas kerana Allah. Tidak akan miskin orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah.

Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki".

(Surah Saba, ayat 39)

Infaq Diberi
Rezeki Menanti
Pahala Berganda

Suatu pemberian membawa
kepada Tuhan

Wang Susah Dicari
Tapi Senang Dihabisi

Rancang pembelanjaan wang anda dengan pahala yang berganda melalui Infaq. Melalui Infaq, pemberi tidak akan kehilangan penghasilan dan kekayaannya, kerana Allah menjamin bahawa sekurang-kurangnya jumlah yang sama akan dikembalikan dalam banyak nikmat yang tidak dapat kita tolak.

Rezeki Allah
Itu Luas

Jika bukan dengan duit, diberi kesihatan yang baik, suasana keluarga yang bahagia, sahabat yang baik dan segala urusan yang dipermudahkan.

Keikhlasan
Mencari
RedhaNya

Niat yang ikhlas dalam berinfaq membawa kepada keredhaan Allah dan menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.

Apa Yang Bakal Diinfaqkan?

Ramadhan Journal ini dibuat untuk memberi gambaran keseluruhan dan merancang aktiviti harian pengguna. Selain halaman 30 hari dalam bulan Ramadhan, terdapat juga halaman untuk 5 hari terakhir Sya’ban dan 5 hari pertama Syawal.

Di samping itu, setiap halaman adalah berwarna serta mengandungi pelbagai maklumat berguna dan menarik untuk menambah pengetahuan pengguna. Antara isi kandungannya ialah : Qur'an Road Map, Pra-Ramadhan Checklist, Eid Checklist dan Istiqamah Pasca Ramadhan.

Berapa Yang Boleh Anda Sumbangkan?

Setiap RM10 yang disumbangkan akan
menginfaqkan 4 buah journal ramadhan.
Anda boleh menyumbang seberapa banyak pun.

Kepada Siapa Ramadhan Journal
Ini Bakal Diinfaqkan?

Journal Ramadhan yang telah di infaqkan akan kami agihkan ke sekolah -sekolah, madrasah, rumah anak yatim dan kepada sesiapa yang memerlukan.

Semoga infaq yang tuan / cik puan berikan dapat menjadi pelaburan di akhirat kelak.

Sijil Infaq Digital
Eksklusif

Setiap infaq yang disumbangkan akan menerima 1 sijil infaq secara digital sebagai tanda penghargaan kami di atas sumbangan anda.

Ingin Dapatkan Ramadhan Journal
Untuk Diri Sendiri?

Klik butang di bawah untuk mendapatkan
buku ini secara PERCUMA
(Hanya perlu bayar caj pengeposan)