Inisiatif pihak Mahsyar untuk orang ramai berkongsi rezeki bersama dengan mereka yang memerlukan melalui pengagihan sebuah jurnal yang membantu mereka merancang aktiviti harian sepanjang 40 hari bermula pada 26 Sya’ban sehingga 5 Syawal.
Kenapa 40 hari? Untuk menukar kebiasaan mereka sebelum ini kepada kebiasaan yang baharu yang akan dibentuk sepanjang bulan Ramadhan dan terus kekal istiqomah dalam melakukan sesuatu kebaikan.
“Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri karena Allah, melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.”
(HR Muslim : No 4689)
Ibadah Ramadhan Lebih Optimum
Susunan jadual Ramadhan Journal membantu para penggunanya untuk melaksanakan ibadah dengan lebih baik, tersusun dan semaksimum mungkin.
Panduan Ibadah Yang Berfokus
Pelbagai panduan ringkas dalam bentuk poin, gambar rajah dan ilustrasi memudahkan para pengguna Ramadhan Journal untuk fokus melaksanakan ibadah.
Persediaan dan Amalan Berterusan
Pengguna Ramadhan Journal juga dapat membuat persediaan sebelum memasuki bulan Ramadhan dan merangka amalan selepas bulan tersebut agar Ramadhan lebih bermakna.
Penerima Ramadhan Journal
Ramadhan Journal yang telah diinfaq akan kami agihkan ke sekolah-sekolah, madrasah, rumah anak yatim dan kepada sesiapa yang memerlukan. Semoga infaq yang Tuan/Puan berikan dapat menjadi pelaburan di akhirat kelak.
Berapa Yang Boleh Disumbangkan?
Setiap RM15 yang disumbangkan akan menginfaqkan sebanyak 5 buah Ramadhan Journal. Anda boleh menyumbang seberapa banyak pun.
Galeri Penerima Ramadhan Journal
Antara pihak yang telah menerima manfaat daripada infaq Ramadhan Journal yang telah disumbangkan oleh orang ramai.
"Rezeki yang kita miliki bukan semua milik kita. Tidak akan miskin orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah. Jom berkongsi rezeki dengan menginfaq Ramadhan Journal ini dengan niat yang ikhlas kerana Allah."
"Allah menjamin bahawa pemberi Infaq tidak akan kehilangan penghasilan dan kekayaan bahkan jumlah yang sama akan dikembalikan dalam banyak nikmat yang tidak dapat kita tolak."