Infaq

"Niat yang ikhlas dalam berinfaq membawa kepada keredhaan Allah
dan menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api".

Infaq Ramadhan Journal

Sya'ban. Ramadhan. Syawal.

Inisiatif pihak Mahsyar untuk orang ramai berkongsi rezeki bersama dengan mereka yang memerlukan melalui pengagihan sebuah jurnal yang membantu mereka merancang aktiviti harian sepanjang 40 hari bermula pada 26 Sya’ban sehingga 5 Syawal.

Kenapa 40 hari? Untuk menukar kebiasaan mereka sebelum ini kepada kebiasaan yang baharu yang akan dibentuk sepanjang bulan Ramadhan dan terus kekal istiqomah dalam melakukan sesuatu kebaikan.

Catatan 40 Hari

Catatan
40 Hari

Sya'ban. Ramadhan. Syawal.

Isi Kandungan Ramadhan Journal

Qur'an RoadMap
Pre-Ramadhan Checklist
Catatan Journal
Waktu Doa Mustajab
Lailatul Qadar
Puasa 6 Hari Dibulan Syawal
Cabaran 40 Hari
Solat Tracker
Niat dan Doa
Petua Mudah Bangun Tahajjud
Qiamullail
Zakat Fitrah
Pre-Eid Checklist

 Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

“Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri karena Allah, melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.”

 (HR Muslim : No 4689)

Ibadah Ramadhan Lebih Optimum

Susunan jadual Ramadhan Journal membantu para penggunanya untuk melaksanakan ibadah dengan lebih baik, tersusun dan semaksimum mungkin.

Panduan Ibadah Yang Berfokus

Pelbagai panduan ringkas dalam bentuk poin, gambar rajah dan ilustrasi memudahkan para pengguna Ramadhan Journal untuk fokus melaksanakan ibadah.

Persediaan dan Amalan Berterusan

Pengguna Ramadhan Journal juga dapat membuat persediaan sebelum memasuki bulan Ramadhan dan merangka amalan selepas bulan tersebut agar Ramadhan lebih bermakna.

Penerima Ramadhan Journal

Ramadhan Journal yang telah diinfaq akan kami agihkan ke sekolah-sekolah, madrasah, rumah anak yatim dan kepada sesiapa yang memerlukan. Semoga infaq yang Tuan/Puan berikan dapat menjadi pelaburan di akhirat kelak.

Berapa Yang Boleh Disumbangkan?

Setiap RM15 yang disumbangkan akan menginfaqkan sebanyak 5 buah Ramadhan Journal. Anda boleh menyumbang seberapa banyak pun.

Galeri Penerima Ramadhan Journal

Antara pihak yang telah menerima manfaat daripada infaq Ramadhan Journal yang telah disumbangkan oleh orang ramai.

"Rezeki yang kita miliki bukan semua milik kita. Tidak akan miskin orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah. Jom berkongsi rezeki dengan menginfaq Ramadhan Journal ini dengan niat yang ikhlas kerana Allah."

Teringin Nak Dapatkan
Ramadhan Journal Untuk Diri Sendiri

Klik butang di bawah untuk mendapatkan buku ini pada harga RM15 sahaja. 1 set Ramadhan Journal mengandungi 5 buah buku.

"Allah menjamin bahawa pemberi Infaq tidak akan kehilangan penghasilan dan kekayaan bahkan jumlah yang sama akan dikembalikan dalam banyak nikmat yang tidak dapat kita tolak."