Preloader
SOMETHING TO REMEMBER

Pesta Buku Merdeka 2022

Sempena bulan kemerdekaan yang ke – 65 buat negara, Bibliophile, Biblio Press, Rabak-Lit dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia menganjurkan Pesta Buku Merdeka dengan slogan “Merdeka Dengan Membaca”. Slogan ini mengambarkan Pesta Buku Merdeka kerana dengan membaca melambangkan bahawa kita adalah masyarakat yang bebas dari jajahan tidak kira dari segi fizikal dan pemikiran

Antara yang menjadi tarikan di Pesta Buku Merdeka ini adalah terdapat beberapa permainan tradisional untuk di sertai oleh pengunjung seperti congkak, batu seremban, tengteng dan gasing vs beyblade bagi mendapatkan jawapan adakah gasing atau beyblade yang lebih hebat!

Selain itu, akan adanya persembahan-persembahan budaya lainya seperti silat dan banyak lagi. Namun, sudah pastinya tarikan dari Pesta Buku Merdeka adalah kepelbagaian buku yang bakal berada di sana dari banyaknya penerbitan

Anda semua dijemput hadir bagi memeriahkan pesta setahun sekali ini untuk kita merayakan kemerdekaan bersama-sama di Sungei Wang Plaza.

Tarikh

25 Ogos 2022 sehingga 31 Ogos 2022

Tempat

Ruang LG Jumpa, Plaza Sungei Wang, Jln Sultan Ismail,
Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Masa

10 a.m. sehingga 10 p.m.

Pengangkutan Awam

  • Rapid KL LRT – Ampang Line
    Ambil LRT ampang line kemudian turun di maluri dan tukar kepada kelana jaya line, kemudian turun di station bukit bintang. Anda perlu berjalan sejauh 100m untuk sampai ke Sungai Wang Plaza
  • Rapid KL LRT – Kelana Jaya Line
    Ambil LRT Kelana Jaya Line, Turun di station bukit bintang. Anda perlu berjalan sejauh 100m untuk sampai ke Sungai Wang Plaza.
  • KTM Komuter
    Ambil KTM Komuter line dan turun di KL Sentral. Kemudian tukar kepada Kelana Jaya Line, dan turun di Bukit Bintang. Berjalan sejauh 100m untuk sampai di Sungai Wang Plaza
  • KL Monorail
    Ambil KL Monorail, berhenti di Air Asia – Bukit Bintang dan berjalan sejauh 100m untuk sampai di Sungai Wang Plaza

    Leave a Reply

    Your email address will not be published.