Langkah demi langkah dibongkarkan untuk mendapatkan solat yang lebih
khusyuk
Penjelasan yang ringkas dan padat, selain memberi pemahaman yang jelas tentang bagaimana untuk memperoleh khusyuk
dalam solat.
"Buku Syoknya Solat ini akan membawa anda langkah demi langkah ke arah menjadikan solat anda lebih baik dan lebih dirasai. Lebih syok. Dalam masa yang sama, bukanlah kami merasakan kami telah pun meraih khusyuk di dalam solat, bahkan mungkin ramai pembaca yang lebih khusyuk solatnya berbanding kami, tetapi kami sekadar menukilkan apa yang telah diajar oleh para ulama' terdahulu sehinggalah kepada guru-guru kami.
Moga Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan. Terlalu banyak tips yang telah mereka titipkan dengan ilmu dan pengalaman mereka untuk anda contohi dan berusaha mendapatkan apa yang telah mereka nikmati. Alangkah indahnya jika anda, keluarga anda dan masyarakat dapat merasai syoknya solat sehingga selalu merindui solat sekaligus menjiwai solat di dalam kehidupan seharian.
Buku ini adalah salah satu daripada buku yang mudah-mudahan
membantu anda agar lebih syok di dalam solat. Moga ia adalah
salah satu saham buat kami, ibu bapa dan guru-guru kami di
alam berikutnya."
"Tips untuk lebih improve dan belajar untuk tingkatkan kekhusyukan dalam solat.."
Mendapatkan Solat Yang Berkualiti Lalu Membuatkan Anda Rasa Lebih Syok Nak Solat
Panduan dan persediaan untuk mendatangkan rasa khusyuk sekaligus rasa lebih ternanti-nanti untuk solat.
"Anda akan didedahkan dengan kepentingan solat dan cara untuk meraih solat yang sempurna.."
Jika Anda…
Selalu tak ingat rakaat ke berapa tengah solat
Rasa was-was masa ambik wudhuk atau nak solat
Sentiasa teringat perkara keduniaan semasa solat sampai tak sedar solat dah nak habis
Rasa sangat berat nak solat dan terasa lama masa tengah solat
"Penggunaan bahasa yang santai dan persembahan dalam bentuk poin-poin memudahkan anda memahami dan melaksanakan solat dengan lebih baik.."
"Buku ni ajar step by step dari awal apa yang perlu anda buat untuk khusyuk dalam solat. Banyak aspek kena perbaiki.."
"Masa anda bersama dengan Allah dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.."
Ini sebahagian daripada isi buku
Kenapa buku ini berbaloi dimiliki
"Solat lebih tenang dan khusyuk akan hadir jika terjaga dalaman dan luaran anda.."
"Anda akan menelusuri satu persatu panduan untuk meraih kesempurnaan solat berdasarkan rukun solat dan lain-lain.."
PENULIS BOX SYOKNYA SOLAT
PENULIS BOX SYOKNYA SOLAT
Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre
Penulis | Pendakwah
Berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia. Memiliki ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Syari’ah dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan seterusnya menyambung Sarjana Syari’ah (Fiqh Perbandingan Mazhab) (Kelas Pertama) juga di Mesir. Pernah menuntut dan memperolehi ijazah dan sanad daripada para ulama’ dari Malaysia, Singapura, Arab Saudi dan Mesir. Beliau juga merupakan salah seorang pengasas syarikat Nur El Hikmah Group Sdn Bhd.
Ustaz Muhammad Syukri Muhamad Nazar
Penulis | Pendakwah
Berasal dari Dungun, Terengganu. Pernah menuntut di Darul Quran, JAKIM sebelum melanjutkan pengajian di Universitit Al-Azhar As-Syarif, Mesir dalam bidang Usuluddin (Pengkhususan Hadis & ‘Ulumnya). Beliau turut berkesempatan mengikuti pengajian secara talaqqi dan memperolehi ijazah daripada para ulama’ dari Malaysia, Mesir, Syria, Yaman, Jordan, Indonesia, Fathoni dan lainnya.